Maya dah 3 bulan. Ya Allah tak tahu nak habaq lagu mana betapa aku makin lega bila she's growing up. Might be because of Kembo dah beso dah 3 tahun, dah tahu semua sendiri. Jadi bila Maya ni ada, aku macam clueless.. Aku dan A boleh tanya each other "how were Kembo back then huh?".
Semua benda aku dan A kena google balik. Sampaikan warna taik pun aku cam clueless, warna kuning mustard ni okay ke tak hah? Hah gitu. Tapi Alhamdulillah. Aku dah makin dapat momentum maya. And she and me are happier now. She's easy to handle now. I almost know what she needs, what she wants.
Dan alhamdulillah, aku still lagi praktikkan apa yang aku buat kat Kembo dulu, which is routine. Ye doh. Terkacau sikit rutin dia, HABIS!!! We're damned! HHAHAHAHAHAHAHQ..
Tapi kadang ada lah jugak masa aku burn out. Aku cam ape ko nak ni???. But yeap. still learning. I am.. Every single day I'm learning new things.
Cuma maya ni aku ralat sikit sebab aku pinjam buai member aku, Eida. Kembo dulu manede buai bagai weh... Kembo dulu elok je letak atas riba dodoi tido. Tido lena plak tu.. Maya jangan harap. Atas riba dia lena lah. Letak je bawah ada lah 10 minit, terus uwakkkk balik..
Tapi aku fahamlah. Sebab dia ada abang dia yang memekak terpekik terlolong. kembo dulu manede sape. dorang jelah.. kalau tido ya jadi sunyilah rumah dah takkan aku dengan A plak nak berkaraoke, anak tido, kan?? Aku dan A pun barai time tu. Sebab first timer as parents.
Mula² tu aku nk deniedlah jugak yang maya ni high need baby. Sebab dia nak aku je. Dengan A kadang okay kadang tak. Tapi memandangkan dia memang high need baby end up aku suren. Aku tanya kat wasap sape ada buai.. Alhamdulillah ramai sangat yang bagi kata semangat, ada yang offer buai. Siap nak bagi terus lagi. Siap suggest beli kat sini here and there. Alhamdulillah sangat².
Aku nak buai ni sebab:
#1 abang dia nak main nak makan nak bercakap nak bergaduh takkan aku nak halang? Kembo ni dah cukup lah bila Maya tido, deme tahu. Kadang deme yang bila aku kelentung kelentang kat dapur: "ibu jangan bising maya tido".
#2 sebab aku nak buat album pengantin. Aku beranak dah tangguh. 3 bulan weh delay album pengantin. Sebab hujung² trimester sebelum Maya aku memang nak berjalan je. A layankan je aku. Dengan aku kesian Kembo tak ke mana².
#3 aku dah makin stress. Sebab aku takleh buat kerja lain. Nak kepit dia je.. lainlah aku ada 4 tangan. Bolehlah 2 tangan dukung, 2 tangan lagi buat kerja. Ni mana mahunya.. Aku jadi stress. Aku rimas. Semua benda aku takleh buat. Aku pahamlah baby ni memang depends on her mother tapi come on, takkan aku nak berak pun kena teran cepat² sebab dia dah melalak? Ko paham tak? Aku makan tak kunyah ya, aku telan je terus.
Jadinya aku ketepikan ego aku, aku ambik buai. Dan alhamdulillah it went well. Aku ada masa untuk diri aku (mandi, makan berak etc). Dan paling utama: AKU ADA MASA UNTUK ANAK SULUNG AKU; ADIL & ADIB.
Tu part paling aku legalah bila berbuai ni. Kembo makin paham bila ibu pegang Maya, Muhammad (bila aku refer to both of them) takleh kacau. Bila Maya dalam buai, ibu boleh layan main menconteng lukis sama². Dan anak² sulung aku makin happy, makin dengar cakap. Sebab ibu layan deme sama macam masa Maya takde lagi...
Aku tak sabar tunggu Maya pandai duduk merangkak. Aku boleh buat kerja rumah sambil dia mengikut aku ke mana aku pergi.. HahahahhahaHqhahahahhqhwhqh..
Hari ni, 21 Ogos 2023, genap Maya 3 bulan. Dan 3 bulan jugak breastfeed dia. Takde campur langsung. 😭😭😭😭 tak tau nak cakap macam mana puasnya aku...sebab Kembo dulu kalau tak cukup yang aku pam, topup je susu formula. Sampai 1 tahun aku susukan lepas tu susu aku makin drop. Dan aku dah penat nak tadah breast dekat dorang. Tu pun aku topup, kalau aku fully? Lagi hauk aku rasa.
Kiranya ni salah satu pencapaian terbesar aku, aku nawaitu nak susukan anak aku sepenuhnya. Lagi 3 bulan je lagi, lepas tu Maya dah start makan. Dah tak kesah sangat.
Aku buat jangka pendek punya achivement. Dulu aku expect bigger, when it was not suceed, aku down teruk. Berhari² aku menangis sebab tak dapat susukan Kembo guna badan aku. Yang kali ni, sebab memang nawaitu aku nak susukan Maya sepenuhnya, aku gali ilmu breastfeeding segali² nya. Sampaikan Maya latcthing betul tak betul, aku boleh rasa. Dulu aku main sua je. Tak tahu betul tak betul Kembo hisap.
Ni aku target nak sampai 4 bulan pulak Maya untuk aku susukan sepenuhnya... HAHAHAHAHHAHAHAHAHQHQH OKAY, dahlah.. dah pukul 2 pagi (mak² pahamlah kenapa time² ni still tak tido, sebab time ni je dapat scroll hp). Aku takkan main hp depan Kembo, sebab aku nak hadap Kembo betul². Kejap je dorang dengan aku, tahun depan dah sekolah dah 4 tahun... Dah tinggal aku dengan maya je...
Hmmm..anak soleh ibu, Adil dan Adib dah makin bijak makin membesar . K lah, nak sambung sebak atas bantal plak.
Till then, XOXO..
Post a Comment
"Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati,
Bukan ringgit pandangan orang,
Budi bahasa tangkaian hati."
Berbudi dan berbahasalah seolah-olah esok kita akan mati.
Be courteous like it seems we are going to die tomorrow.
- http://www.blogeyja.blogspot.com