16 Mac 2020. Yeap. Tarikh keramat yang terindah buat aku dan suami. Bila anak kembar kami selamat aku lahirkan pada 10.24 pagi. Serious, tak sangka. Sampai sekarang ni, kalau aku tenung muka laki aku, muka anak-anak aku... Aku still tak percaya aku dah ada anak. Kembar plak tuh! Masha Allah, Alhamdulillah!
Muhammad Adil dan Muhammad Adib. Nama yang kami berdua pilih untuk anak kembar kami. Muhammad Adil: abang. Muhammad Adib: adik. Mulanya aku nak letak tiga patah perkataan untuk nama anak-anak aku. Tapi carik punya carik, bila gabungkan. Macam tak kena. Macam tu bukan nama dorang. Macam memang nama dorang Muhammad Adil dan Muhammad Adib je. Lagipun, nama ayahnya dah tiga patah perkataan. Tu je dah jenuh dorang nak ngeja nanti. So kitorang decided untuk letak Muhammad Adil dan Muhammad Adib je. Senang pun senang orang nak sebut, senang dorang jugak nanti nak ngeja nama dorang sendiri.
Aku pilih cara beranak secara Elective Czer. Doktor Kanaga, Doktor Amira, dan Doktor Shasi ada advised aku untuk try normal delivery, eventhough masa scan: kedudukan adik songsang (transverse). Adik still boleh pusing kepala ke bawah lepas abang dah keluar nanti. Walaupun abang kepala di bawah (cephalic), tapi aku tahu risiko kembar ni macam-macam boleh jadi. Dan suami aku tak nak aku try and error. Dia tak nak aku sakit atas bawah. So bila aku pikir-pikir, I chose Czer. Yeap. Aku sendiri pilih untuk anak-anak aku keluar 'ikut tingkap' (czer). Aku dah tak payah pikir dah, dah tak payah risau dah. Confirm-confirm dorang memang keluar satu tempat je. Instead of abang normal, tetiba adik within 30 minutes, tak nak berpusing pulak. Dah aku kena tolak emergency czer. Hah, ni yang tak nak ni. Bawah dah sakit, atas pun kena potong jugak. Dan aku buat keputusan yang tepat bila doktor dah keluarkan abang, adik still transverse. Tapi sebab dah czer so takde masalah dah untuk doktor tarik je adik keluar.
Alhamdulillah everything went well. Dan paling aku lega, laki aku sentiasa ada sebelum aku masuk bilik OT, dan semasa aku nak keluar bilik OT untuk ditolak ke wad. Part tu paling aku terharu. Tak pernah sekali pun dia tinggalkan aku (laki tidoq dalam kereta semata nak dekat dengan aku). Terima kasih, sayangku. :')
Tak percaya lagi sampai sekarang yang kitorang dah ada anak. Hahahahaha. Sampai sini je cerita aku. nanti ada rezeki panjang umur ada masa (dah tak larat nak duduk lama-lama, masih lagi dalam healing process) aku cerita lagi pasal kembar. Oh ye, aku tempekkan sikit gambar Adil dan Adib.
Till then,
Eyja.

Subscribe to:
Posts (Atom)