Wednesday, July 30, 2025

Adib Tinggal Ibu

 

(Muhammad Adib : paling kanan)
    
        9 Jun 2024. Ahad. Jam 9 pagi. 

.
.
.
Thats the only words that I can typed on June 26th 2024, then I put it in my draft. And today July 30th 2025, a year has passed. Yeap, my beautiful kid left me. 

    Adib, what a nice name yet "berhantu" atau "berat"... Sekarang aku percaya ada certain-certain nama yang berat nak bawak. Contohnya nama anak aku: Muhammad Adib (adab/budi pekerti yang terpuji).

    Yeap, Adib tinggal aku. Tinggal ayah dia, tinggal Maya. dan paling pedih, dia tinggalkan kembar dia: Yeop/Muhammad Adil. 

    Only 4 years, he accompanied his brother, played by his side. And poof, Allah ambik dia. Aku hilang anak aku. Adil hilang kembarnya, Maya hilang salah sorang abangnya. Semuanya bermula hari Jumaat, 7 Jun 2024. Dia balik tabika pukul 2.30 petang. Aku ajak sambung tido, sebab Maya tido. Dan dorang akur, dorang tido di sebelah kiri dan kanan aku. Pukul 5 petang lebih kurang, aku terjaga. Adib bising nak berak. Dan Maya pun dah jaga, dorang dah start warm up nak main. Aku tunggu Adib berak. Sempatlah dia bisingkan Maya masuk tandas nak kacau dia. Dia settle berak, dia cebok, dia pakai seluar. Aku bising sebab dia tak flush. Yada yada yada pukul 6.30 petang, dia lari masuk tandas balik. Muntah. Startlah drama pesemua, ayah dia sampai (ayah dia shoot nikah petang Jumaat tu). 

    Dan perkara yang jadi ni dah biasa pada aku dan A. Adib kerap tak keraplah sakit perut, aku bawak klinik, jumpa DR, balik. Begitulah rutin setiap kali dia sakit perut. Jadi aku dan A anggap benda ni normal. Sebabnya? Jumaat tu ada Hari Mengenal Buahan Tempatan di tabika dia. Jadi aku syak dia makan banyak. Dan memang selalunya kalau tersilap makan, dia akn jadi macam tu. Sebab aku, A dan DR syak dia ikut genetik ayah dia, gastrik. Benda ni dah biasa jadi kan? So aku dah tahu apa nak buat... Aku bagi dia ubat arang, stop dia makan nasik pesemua. Start bagi dia air ORS.

    Malam tu mulalah dia ulang alik ke tandas untuk muntah dan muntah dan muntah. Dan sekali lagi aku tekankan, benda ni biasa jadi. Dalan 3 bulan, akan ada sekali waktu macam ni. Dan aku anggap benda ni "normal". Sabtu siang tu macam biasa, aktiviti rumah aku. A pergi shoot sanding pengantin pulak. Yang aku kat rumah dengan anak-anak.Adib still terbaring. Tapi dah nampak tanda dia macam okay. Dan selalu macam tu sebelum ni. Tak putus dengan air ORS 250ml setiap sejam. Aku risau dia hidrasi. Dan dia pun dah tahu apa nak kena buat. Sabtu, klinik kerajaan mana bukak. Dan bapak dia kerja. Jadi aku ambik keputusan untuk tunggu dan lihat. Sepanjang siang tu dia baring dan tido. Aku tak bagi dia main dengan Yeop dan Maya, sebab dia takde tenaga. He was not eating at all. Makan je muntah. 

    Ayah dia balik petang tu, dia bangun. Dia berdiri depan pintu "ibu, ayah balik". Ayah dia tengok dia boleh bangun so ayah dia assumed hes getting better. And it should be, like it used to be. Malam tu, lebih kurang pukul 10 malam dia bangun taknak tido dah. Adil dan Maya dah tido. So aku dan A teman dia sampai jam 4 pagi. Kejap dia ke akui, kejap dia ke A. Kejap dia tengok Yeop dan Maya. Sampailah pukul 4 tu dia muntah. Sepanjang siang Sabtu tu, dia takde muntah dah ya, takde ke tandas dah. Tapi subuh Ahad tu, dia muntah. Aku dengan A dah barai teruk sebab dari Jumaat kami tak tido temankan dia. 

    Aku bincang-bincang dengan A lastly kami decide, esok pagi nak bawak dia ke klinik swasta jelah. Nak tunggu kerajaan Isnin baru bukak. 

    Last aku cakap kat dia, "along nak muntah, muntah kat bakul ni ya. Takyah ke tandas. Ibu nak tido. Ibu dah penat sangat." Dia angguk. So aku dengan A baring. Adib pun ikut baring. Tak lama tu aku terlelap... Dan itulah lelap paling bersalah seumur hidup aku, aku rasakan, dan aku akan bawak sampai mati. Sampai mati.

    Pukul 9 pagi Ahad aku terjaga. Aku terus bangun nak check Adib..... Anak aku dah takde weh time tu. Aku jerit panggil A, sampaikan Yeop Maya menangis terkejut aku jerit kuat sangat.... A tried CPR tapi apalah daya seorang ayah yang panik dan dalam hati dah tahu anak dia takde nak CPR. 9.05 pagi A pakai seluar bawak Adib ke hospital. 9.30 pagi DR sahkan anak aku tak balik dah.... Tak hidup dah.

KOSONG

    Tu yang aku rasa time tu. Aku panggil Yeop ajak mandi. Aku mandikan Maya. Janggal sangat. Selalunya aku mandikan dorang bertiga, tapi ni, dua batang tubuh badan je aku sabunkan.  Dua mulut je aku gosokkan gigi. Dua badan je aku lapkan, aku pakaikan baju. Badan Adib takde. 

KOSONG

    Laki aku balik peluk aku meraung "anak kita dah takde yang". Pukul 10 pagi camtu A pergi balai, buat report, pukul 11 pagi polis datang rumah, nak tanya pasal semuanyalah. Last yang aku dengar Puan Atikah cakap, kena buat post-mortem seeloknya puan. Sebab si mati bawah 5 tahun. Aku dengan A terus setuju. Sebabnya aku pun nak tahu kenapa anak aku mati tinggal aku tiba-tiba. Pukul 2 petang kami bertolak ke Jabatan Forensik Sungah Buloh, tapi takleh buat time tu. Sebabnya hari Ahad, kami sampai dah petang. Pakar bedah dah balik. So postpone esoknya hari Isnin. Kami balik malam tu sumpah rasa pelik. Kami tinggal berempat. Yang selalunya berebut tilam berebut selimut, tapi malam tu.... Maisng-masing macam bodoh. 

    Esoknya hari Isnin aku angkut Maya, Yeop ikut sekali... Sebab tulah kali terakhir kami berlima dekat... Settle post-moterm pukul 2 petang kami bertolak balik. Lepas Asar settle solat jenazah, Adib ditanam. Adib memang betul-betul dah takde. Adib memang betul-betul tinggal ibu. Sorry aku takleh nak cerita panjang-panjang, masa taip ni pun biar dah setahun berlalu. Aku still menanhgis setiap kali cakap pasal Adib. Nantilah, ada rezeki aku cerita lain post. Doakan aku sekeluarga terus menerus tabah dan kuat. Doakan kembarnya Muhammad Adil menjadi orang yang paling bahagia dunia dan Akhirat...

"Ya Allah, jadikanlah anakku Muhammad Adib yang telah Kau panggil menjadi penunggu aku di pintu Syurga-Mu kelak"'.

---- Aku doa mintak anak aku jadi anak soleh, Allah bagi aku anak Syurga terus. Allah Maha Baik. Allah ambik Adib buat standby tunggu aku teman aku kat 'sana', Allah tinggalkan Adil kat dunia ni buat tunggu dan teman aku kat sini. Allah Maha Adil. Sesuai dengan nama anak-anakku.. MashaAllah. Alhamdulillah.

...... Sampai jumpa lagi., anak ibu. Tunggu ibu ya... <3

Post a Comment


"Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati,
Bukan ringgit pandangan orang,
Budi bahasa tangkaian hati."

Berbudi dan berbahasalah seolah-olah esok kita akan mati.
Be courteous like it seems we are going to die tomorrow.

- http://www.blogeyja.blogspot.com

© Reedit by Eyja Azman for Blog Eyja Dot Blogspot Dot Com. Design by FCD.